Featured Products

NSDF

Sejarah

Anak kelahiran Kampung Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Dato' Mohd Nor Abdul Wahid amat biasa dengan cara hidup kampung. Membantu ibu bapa berternak ayam itik, membela lembu dan kambing adalah rutin harian dari zaman kanak-kanak beliau. Meskipun telah berkecimpung di bidang perbankan dalam beberapa tahun dan juga menerajui syarikat-syarikat yang tersenaraikan serta usahawan berjaya, minat beliau untuk berternak dan bertani tidak pudar, malah terus menyubur apabila beliau membela ikan, ayam, itik dan kambing di kawasan rumah dikampungnya.

Dengan melangkah lebih berani, berbekalkan semangat, pengalaman dan sumber-sumber di rangkaian niaganya, 'intepreneur' ini mengilhamkan penubuhan N.S Dairy Farm untuk mengusahakan ladang ternakan Lembu Tenusu secara komersil.Berbagai maklumat telah diperolehi di samping melawat ke ladang-ladang berkaitan lembu tenusu di dalam dan di luar negara. Berkat persediaan serta perancangan yang teliti dengan kerjasama serta ihsan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus,penempatan ladang ini telah diluluskan pada 4hb julai 2007 di atas tanah Lot 3720, Rembang Panas, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan D.K.

Tanpa berlengah-lengah, kerja menyiapkan tapak, tanaman rumput dan pembinaan kandang-kandang serta bangunan-bangunan lain terus dimulakan sehingga pertengahan tahun 2008. Pengambilan pekerja-pekerja terlatih dilakukan melalui Pusat Latihan Haiwan,Pengambilan pekerja separuh mahir juga dilaksanakan pada masa yang sama. Kemasukan lembu-lembu Tenusu baka bermutu Jersey / Jersey Fresian dari australia bermula secara beransur-ansur dari September 2008 dan mula mengeluarkan susu pada awal tahun 2009. Pada peringkat awalnya susu segar dihantar terus ke Pusat Pungutan Susu di Kuala Pilah. Apabila pengeluaran susu bertambah, beliau telah mendirikan sebuah kilang di ladang untuk menghasilkan susu segar perisa yang berkualiti tinggi bagi pasaran tempatan. Selain dari pengeluaran hasil produk produk tenusu, N.S Dairy Farm juga menghasilkan lembu-lembu baka/fitlot penjantan, betina dari baka Jersey/Jersey Fresian dan juga Kambing Boer. Jumlah lembu juga telah ditambah secara beransur-ansur berdasarkan kepada keupayaan ladang.

Sebagai pengiktirafan pada April 2010 MARDI telah melantik NS Dairy Farm sebagai syarikat usahawan bimbingan MARDI dan pada tahun 2015 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia pula telah melantik Ladang NS Dairy Farm sebagai Ladang Kluster tenusu dibawah EPP13 MOA. Adalah visi syarikat untuk menjadi peneraju di dalam bidang pembangunan ternakan tenusu serta pengeluaran-pengeluaran sampingannya. Syarikat juga berhasrat menjadi pembimbing kepada pengusaha-pengusaha yang berminat dalam bidang ternakan lembu tenusu dengan adanya pusat latihan di ladang ini.

Syarikat juga telah menceburi dalam bidang eco tourism berasaskan ladang ternakan tenusu serta mempunyai ciri-ciri yang terunggul untuk menarik minat pelancong mempelajari ternakan lembu tenusu. NS Dairy Farm akan sentiasa berusaha secara intensif dan berterusan melalui sumber- sumber yang ada serta kaedah-kaedah bersesuaian untuk mengeluarkan susu,lembu daging dan lembu baka yang berkualiti, bertepatan mengikut keperluan semasa secara komersial.

Syarikat yakin bahawa melalui pengurusan yang baik lagi progresif dengan memelihara alam sekitar serta penyumbang serta pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada kejayaan syarikat.

Dato’ Mohd Nor Bin Abd Wahid
Pengarah & Pengasas Syarikat

Misi & Visi

Adalah visi syarikat untuk menjadi peneraju di dalam bidang pembangunan ternakan tenusu serta pengeluaran - pengeluaran sampingannya. Syarikat juga berhasrat menjadi pembimbing kepada pengusaha-pengusaha berkaitan bidang ini. Disamping ini, syarikat juga mensasarkan untuk menjadi pembekal utama kepada Industri hiliran dan menyumbang kepada keperluan negara. Dengan tertubuhnya Juasseh Agro Park, kini NS Dairy Farm meluaskan sayapnya ke dalam bidang eco tourism, berasaskan ladang ternakan tenusu untuk mempertingkatkan industri pelancongan tempatan dan negara.

NS Dairy Farm Sdn Bhd berusaha secara intensif dan berterusan melalui sumber-sumber yang ada serta kaedah-kaedah yang bersesuian untuk mengeluarkan susu dan lembu baka yang berkualiti, bertepatan mengikut keperluan semasa secara komersial untuk memberi pulangan yang maksima kepada pelaburan. Pengeluaran syarikat adalah bagi menyumbang kepada keperluan tempatan dan negara. Syarikat yakin bahawa melalui pengurusan yang baik lagi progresif dengan memelihara alam sekitar serta pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada kejayaan dan keberkesanan operasi syarikat. Seterusnya sejajar dengan matlamat syarikat, pembiakan ternakan, pemakanan serta pengurusan ternakan yang cekap dan teratur adalah penyumbang kepada misi ini.

Perkembangan Syarikat


View More